16 November 2023

KES BUNVH ALONG SPOON - BEKAS POLIS BEBAS PENJARA SELEPAS 33 TAHUN JALANI HUKUMAN



Selepas selesai menjalani hukuman penjara 33 tahun, bekas anggota polis iaitu Mohd Ya'cob Demyati yang disabitkan dengan kesalahan membunvh penyanyi terkenal era 90-an, Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi'ul Malik Shafie, akan dibebaskan dari penjara pada jam 5 petang hari ini.
"Kelakuan baik anak guam memang terdapat dalam rayuan saya, itu antara faktor yang mahkamah ambil kira berhubung hukuman.

"Hukuman penjara mengikut undang-undang antara 30 hingga 40 tahun dan atas rayuan itu, anak guam dipenjara selama 33 tahun.

"InsyaAllah, dia bebas hari ini, 33 tahun (penjara) dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000, satu pertiga daripada cuti dan lain-lain bermakna dia menjalani hukuman penjara 33 tahun," kata peguam Mohd Ya'cob, Che Muji Che Noh yang mengesahkan perkara itu.

Menerusi laporan Harian Metro, bekas anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu terlepas hukuman pemenjaraan sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan meminda kepada penjara 33 tahun, dalam prosiding hari ini.

Sebelum ini, Mohd Ya'cob diperintah menjalani hukuman m@ti, namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Pada hari kedua persidangan hari ini selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman M@ti 2023, keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Empat lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Klik untuk gambar besar
Pada prosiding itu, panel lima hakim menggantikan pemenjaraan sepanjang hayat terhadap Mohd Ya'cob atas pertuduhan membunuh Along atau nama sebenarnya Sabi'ul Malik Shafie dan menggantikannya dengan hukuman penjara selama 33 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000.

Terdahulu, seramai 12 banduan termasuk Mohd Ya'cob terlepas daripada hukuman m@ti atau penjara sepanjang hayat selepas mahkamah tertinggi itu menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas serta sebatan.

Bagaimanapun, Mohd Ya'acob terlepas daripada hukuman sebatan atas faktor usia kerana berumur lebih 50 tahun.

Lima hakim memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan semakan mereka.

Dalam prosiding, Che Muji memohon panel hakim supaya hanya mengenakan hukuman penjara minimum 30 tahun bermula dari tarikh tangkap.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nahrah Dolah memohon hukuman penjara dikenakan terhadap pemohon (Mohd Ya'cob) tidak kurang dari 35 tahun, atas kekej@man dilakukan menyaksikan si m@ti dij£rut leh£rnya dan dicamp@k ke g@ung.

"May@t dan kaki juga diikat dengan tidak berpakaian. Sebelum dibunvh, si m@ti dipukul di dalam kereta dan ditinggalkan mayatnya pada tengah malam di tempat gelap dan motif pembunvhan kerana cemburu yang mana si m@ti dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri pemohon," jelasnya.
Pada 10 April 2002, Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman m@ti selepas mendapati dia bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan itu.

Mohamed Ya'cob antara 12 daripada 13 banduan terlepas daripada hukuman m@ti atau penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas manakala banduan lain turut dikenakan hukuman 12 sebatan.

Dia dituduh membunvh Along Spoon yang ketika itu berusia 19 tahun di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.

Allahyarham Along Spoon yang popular dengan lagu 'Rindu Serindu Rindunya' dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999.

Polis kemudian menjumpai r@ngka manusia yang diik@t dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Menerusi maklumat di Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia, maksud banduan sepanjang hayat ialah banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat dan tiada tarikh pembebasan, kecuali mendapat pengampunan Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.

Sementara hukuman seumur hidup ialah banduan perlu menjalani hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: