02 November 2023

MAHU TERUSKAN LEGASI NENEK - CUCU NORMAH DAMANHURI, FITRI FAROK MASUK 'HERO DEWI REMAJA 2023'



"Mungkin ada orang di luar sana tidak mengenali saya tetapi pelakon Normah Damanhuri adalah nenek saya.
"Tujuan saya sertai program ini pun bagi meneruskan legasi nenek saya dalam bidang seni dan menjadi hasrat saya untuk bergelar pelakon sepertinya."

Itulah kata model dan peserta Hero Dewi Remaja 2023, Fitri Farok berazam tinggi mahu menjadi pelakon disanjungi sebagaimana neneknya yang juga artis veteran, Normah Damanhuri.

Jelas Fitri atau nama sebenarnya Muhammad Fitri Mohd Farok, 24, dia ingin jadikan platform pertandingan itu sebagai pembuka jalan mencipta nama jadi anak seni pula selepas ini.

Klik untuk gambar besar
Fitri juga sebolehnya mahu beralih daripada bidang peragaan dan membina nama sebagai pelakon, selain serius mahu meneruskan legasi neneknya itu.

"Oleh kerana saya bermula sebagai model, saya teringin pula nak jadi pelakon. Saya ingin timba pengalaman daripada pertandingan ini untuk baiki diri," tuturnya.

Dalam pada itu, Fitri juga memberitahu, neneknya banyak memberi nasihat serta membantunya dalam membuat persediaan untuk bertanding dalam program berkenaan.
Sementara itu, Fitri mendedahkan, ibu saudaranya iaitu usahawan popular, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, adalah individu paling teruja apabila mendapat tahu dia berjaya menjadi finalis pertandingan itu.

"Dia 'happy' (gembira) gila dan kamu pun tahu perangai dia bagaimana, sangat 'happening' (teruja). Saya pun tumpang gembira juga," ujarnya.

Difahamkan, Hero Dewi Remaja musim kali ini tampil kelainan apabila mengabung peserta lelaki dan perempuan selepas 38 tahun sejak penganjurannya.

Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada lapan lelaki dan lapan perempuan itu bakal berentap merebut gelaran juara.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: