02 November 2023

"NAK LARI KEMANA... SAYA TAKKAN LEPASKAN MEREKA..." - AISHAH TETAP CARI AMIR PEARL & ANAK SEHINGGA TUNTUTAN SELESAI



"Kita telah dapat perintah mahkamah untuk menyita lagi. Semua hilang... nak lari kemana? Kita akan cari juga. Dah hilang dan membawa barang-barang yang termasuk dalam senari sita… next step... contempt of court.
"Kenapa lari? Berapa lama diberi peluang untuk settle kes ni tapi asyik mengelak," ujar penyanyi legenda Datuk Aishah yang tetap akan mencari individu yang juga pihak penaja sehingga isu tuntutan hadiah dimenanginya dalam sebuah program pertandingan pada 2017 lalu selesai.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, baru-baru ini telah pergi ke kediaman penaja, Datuk Seri Mohd Amir yang juga vokalis kumpulan Pearl dan rumah anaknya, Putera Hashiff.

Bagaimanapun, kedua-kedua rumah yang dikunjungi Pelantun lagu 'Janji Manis Mu' itu bersama pihak peguam dan polis itu sudah kosong sepenuhnya dan mereka sudah menghilangkan diri.

Meskipun begitu, Aishah yang akui kecewa dengan tindakan Amir itu menegaskan dia tidak akan menyerah kalah sebaliknya akan terus menjejak dua beranak itu sehingga tuntutan selesai.

"Saya terpaksa ke mahkamah semula dan saman dia kerana melanggar perintah mahkamah. Mereka nak lari ke mana sangat, ia hanya memburukkan namanya sendiri.

"Amir memang dah muflis... isteri dan anak dia pula nama mereka akan disenarai hitam, tak boleh keluar daripada negara. Jangan ingat dia orang lari kami tak ada cara nak cari. Saya takkan lepas mereka macam itu sahaja," katanya.

Terdahulu, kemenangan Aishah dalam program pertandingan popular tersebut melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 beserta piala.

Namun timbul isu apabila penaja tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot banglo itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: