02 November 2023

PUTERI SARAH : "TAKDE SIAPA TUDUH... YOU MENGAKU SENDIRI NI KAT SINI, STUP1DNYA"



Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana telah mendedahkan, dia sering diganggu oleh seorang wanita yang menggunakan nama Mastura di Instagram miliknya.
Jelas Puteri Sarah, dia menyedari kemunculan wanita itu sejak Ogos lalu apabila sering meninggalkan komen berbentuk prov0kasi terhadap dirinya.

Terkini, Mastura dilihat ada meninggalkan komen di perkongsian Puteri Sarah serta menyebut nama isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Malah, Mastura turut bertanyakan kepada Puteri Sarah apa bukti bahawa dirinya adalah ahli keluarga pelakon Kazar Saisi, selain mengatakan Ira dapat pahala percuma kerana fitnah.

Puteri Sarah bagaimanapun tidak berdiam diri apabila tampil berkata, dia tidak menuduh sesiapa mahupun menyebut mana-mana nama, sebaliknya individu itu yang 'kantoikan' diri sendiri.

Klik untuk gambar besar
"Ehhh?? Takde sapa tuduh u. 0MG ! U mengaku sendiri ni kat sini. Stup1dnya.

"Dah2 la sis. U dah mengaku free2 kat sini. Tak pernah ada sesapa yg sebut nama sesiapa kat sini. Finally u sendiri reveal.

"Malulah mer0yan komen kat IG I setiap hari. Get a job. Get a life. Last2 Allah tunjuk siapa kau," antara komen-komen Puteri Sarah.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu, dia sudah mendengar suara individu disebalik akaun berkenaan, selain berkata, akaun berkenaan akaun itu digunakan oleh satu keluarga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: