02 November 2023
"SEBELUM INI TIDAK AMBIL TINDAKAN SEBAB TIADA (SEBUT) NAMA" - PENGURUS SITI NORDIANA DEDAH BANYAK KALI LIMA SEKAWAN BUAT LIVE SIND1R
"Siaran yang berlangsung itu bukan kali pertama yang dilakukan mereka berlima. Sebelum itu ada juga siaran langsung, hantaran-hantaran yang menyind1r Nana tanpa sebut nama."
Itulah kata pengurus kepada Siti Nordiana iaitu Mohammad Al Anas yang mendakwa lima defenden sudah berkali-kali melakukan siaran langsung untuk memburvkkan nama penyanyi itu apabila sebelum ini mereka menyind1rnya tanpa menyebut nama.
"Sebelum ini tidak ambil tindakan sebab tiada (sebut) nama (Siti Nordiana). Baru (kali ini) dapat peluang nak saman," jelas Anas ketika ditanya oleh peguam defenden keempat iaitu Fithril Hakim Ab Jalil, mengapa tiada tindakan diambil ketika itu.
Terdahulu, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021 terhadap lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron.
Menerusi saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment