14 November 2023

MASIH DITIDURKAN, DOKTOR SAHKAN SUHAIMI SAAD BEBAS TIBI - ISTERI MOHON MAAF



Isteri kepada bekas anggota In-Team, Suhaimi Saad, 43, iaitu Nordiana Mohd Naim, 39, ketika dihubungi memberitahu, suaminya itu masih lagi ditidurkan, namun keadaannya kini menunjukkan perubahan baik.
Dalam pada itu, Nordiana atau Ina memohon maaf sekiranya suaminya pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Tambahnya lagi, suaminya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Johor Bahru sejak lima hari lalu kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

"Setakat ini, doktor maklumkan suami alami jangkitan kuman pada paru-paru. Hasil ujian pertama, doktor mengesahkan Suhaimi bebas tuberculosis (tibi).

"Buat masa ini, suami masih ditidurkan dan doktor maklumkan keadaannya kritikal, tetapi semalam oksigen berada pada tahap normal, cuma jantungnya masih lagi laju sekitar 130. Walaupun doktor mengatakan keadaannya kritikal, tapi saya yakin suami akan sembuh.

"Saya juga mohon doa orang ramai dapat bersama mendoakan Suhaimi," ujar Ina yang turut berkata, berat badan suaminya turun mendadak sebanyak 20 kilogram sejak sebulan lalu.

Jelas ibu kepada empat cahaya mata itu, pada mulanya, Suhaimi mengalami batuk beberapa bulan lalu, yang disangkanya hanya batuk biasa.

"Kami ingatkan sebab makan buah banyak pada musim buah, baru-baru ini menyebabkan Suhaimi batuk. Namun, lama-kelamaan batuknya menjadi semakin teruk sehingga sesak nafas.

"Bulan lalu, batuknya beransur pulih, tapi mengalami cirit-birit pula. Suhaimi ada selera makan, tapi tak sanggup nak makan kerana setiap kali makan akan buang air besar. Sebab itulah badannya susut sehingga tinggal 43 kilogram.

"Kami sudah ikhtiar macam-macam sehinggalah Suhaimi sendiri minta dihantar ke hospital. Dia bukan tak percaya hospital, cuma itu adalah ikhtiar terakhirnya," tuturnya.

Ina yang pernah dikenali menerusi lagu 'Duhai Hati' itu berkata, bapanya mencadangkan agar Suhaimi mendapatkan rawatan di Johor Bahru.

"Bapa saya cadangkan agar bawa balik Suhaimi jalani rawatan di Johor Bahru supaya mudah jika berlaku apa-apa. Keadaan Suhaimi ketika itu lemah dan berikan keizinan untuk ditidurkan untuk kurangkan kesakitan.

"Apa yang buatkan saya optimis Suhaimi boleh sembuh dan sihat kerana salah seorang anggota In-Team, Mohd Syahril juga pernah alami masalah sama, malah lebih teruk lagi.

"Tapi isterinya banyak meniupkan kata semangat. Bila dengar kata-katanya saya tambah semangat dan yakin suami akan sembuh. Saya tak minta banyak, hanya nak suami kembali sedar seperti dulu. Banyak lagi yang saya nak cerita dengan suami," jelasnya.

Untuk makluman, Suhaimi dan Ina berkahwin pada 12 Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: