14 November 2023

"BUKAN GIMIK" - BEKAS ISTERI SHUK SAHAR SAHKAN SUDAH BERTUNANG, BAKAL NIKAH TAHUN DEPAN



Baru-baru ini, bekas isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera, 31, telah memuat naik video yang memaparkan dirinya baru sahaja selesai melangsungkan pertunangan.
Hantaran itu turut disertakan dengan keterangan ringkas, memohon doa yang baik daripada pengikutnya.

"Assalamualaikum. Doa yang baik-baik semua," tulis Sera dalam hantaran tersebut yang menimbulkan teka-teki dalam kalangan pengikutnya di Instagram, dimana mereka tertanya-tanya sama ia benar atau sekadar gimik.

Melihat pada perkongsian video itu, Sera tampil ayu dalam busana berwarna merah hati dan kelihatan disarungkan cincin oleh seorang wanita.

Klik untuk gambar besar
Lebih menarik perhatian, Sera yang memegang jambangan bunga di tangan turut bergambar di samping seorang lelaki misteri bertubuh sasa atau 'sado'.

Bagaimanapun, wajah lelaki berkenaan ditutup dengan emoji dan Sera tidak menanda (tag) nama lelaki itu di Instagramnya.

Enggan terus berdiam diri, Sera tampil mengesahkan dia sememangnya sudah bertunang, selain berkata, majlis pertunangannya dengan lelaki berusia 38 tahun itu berlangsung di kediaman keluarga bapa saudaranya, di ibu kota.
"Bukan gimik. Ia memang majlis pertunangan. Netizen fikir itu adalah gimik sebab wajah saya tak disolek seperti orang bertunang. Mereka tak tahu, kulit wajah saya sedang 'breakout'," jelasya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia dan jejaka yang berasal dari Perak ini akan melangsungkan pernikahan tahun depan.

"Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya akan berkahwin tahun depan. Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan," ujarnya.
Ditanya mengenai harapannya untuk fasa rumah tangga kali kedua ini, Sera berharap agar bakal suaminya dapat menerima dia dan keluarganya seadanya.

"Saya harap dia dapat terima anak-anak saya dan keluarga saya. Saya baru beberapa bulan mengenalinya. Anak-anak pun okay dengannya dan dah luangkan masa bersama," tuturnya.

Dalam pada itu, Sera turut ditanya mengenai reaksi Shuk selepas berita pertunangannya tular, berkata, dia juga tidak memaklumkan apa-apa kepada bekas suaminya itu kerana mereka tidak lagi berhubung di mana-mana platform media sosial.
"Dia tak tahu sebab benda ini berlaku tiba-tiba. Saya pun tak ada hubungi dia. Dia sekat WhatsApp dan Instagram saya. Kami sekat satu sama lain," katanya.

Untuk makluman, Sera berkahwin dengan Shuk pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

Perkahwinan mereka bagaimanapun berakhir selepas kedua-duanya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: