14 November 2023

ALAMI SESAK NAFAS - NORA ARIFFIN DIMASUKKAN KE ICU



"Nora masuk ICU Hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas daripada semua," kata penyanyi Datuk Aishah mengenai keadaan penyanyi Datuk Nora Ariffin.
Difahamkan, Nora, 50, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor, akibat sesak nafas, kelmarin.

Berita keadaan terkini Nora itu dimaklumkan suaminya, Dr Rushdi Ramli kepada Aishah yang kemudian memuat naiknya di Instagram.

Aishah yang memuat naik hantaran itu di Instagram itu memohon doa agar Nora yang dianggap seperti adiknya diberikan kesembuhan.

Klik untuk gambar besar
"Allahuakbar! Adikku Nora Ariffin. Mari kita panjatkan doa, semoga memperoleh kesembuhan," tulisnya.

Instagram Nora juga ditanda (tag) sahabatnya yang lain, dimana mereka turut mendoakan kesejahteraan kesihatannya.

Nora dimasukkan ke hospital berkenaan beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas kira-kira jam 4 pagi kelmarin.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: