14 November 2023

AKHIRNYA DIDEDAHKAN - NABILA RAZALI TERIMA LAMARAN NIK IRUWAN



"I said yes (Saya terima)," tulis penyanyi Nabila Razali yang berkongsi berita gembira di laman Instagram miliknya, bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31 semalam, dimana dia menerima lamaran ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani.
Khabar angin yang bertiup kencang mengenai dakwaan Nabila bakal menamatkan zaman bujang akhirnya terjawab setelah sekian lama 'mengunci mulut'

Menerusi hantaran terbaharunya itu, Nabila berkongsi foto dia dilamar Nik Iruwan, sekaligus menamatkan spekulasi mengenai kisah cinta pasangan itu yang sebelum ini penuh tanda tanya.

Klik untuk gambar besar
Sekitar Ogos lalu, tular foto mendakwa pasangan berkenaan sudah mengikat tali pertunangan, namun penyanyi lagu 'Peluang Kedua' itu enggan mengesahkan perkara terbabit.

Baru-baru ini, turut timbul gosip mendakwa Nabila bakal mendirikan rumah tangga bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada hari semalam iaitu 13 November lalu.

Bagaimanapun, hasil tinjauan di Instagram mendapati Nabila hanya sekadar 'repost' video ucapan peminat di Instagram Story.
Sementara itu, di Instagram Story Nik Iruwan pula, dia ada berkongsi gambar lamarannya bersama kapsyen penuh bermakna.

"Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama," tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rakan-rakan yang mengenali Nabila dan Nik Iruwan turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: