14 November 2023
SUHAIMI SAAD TERPAKSA BERGANTUNG ALAT BANTUAN PERNAFASAN, ORGAN DALAMAN GAGAL BERFUNGSI
"Suhaimi dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.
"Difahamkan dia mengalami batuk kronik sejak empat bulan lalu, cirit-birit selama tiga bulan dan berat badannya turun mendadak."
Demikian kata sumber di Harian Metro, dimana organ dalaman bekas anggota kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad gagal berfungsi dan kini bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan terpaksa ditidurkan.
Suami kepada Ina Naim itu yang dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor, itu difahamkan sudah berada di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.
Klik untuk gambar besar
Ketua kumpulam In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid sebelum ini memaklumkan, keadaan Suhaimi kurang baik dan sedang ditidurkan.
Menurut Mohd Syahril, dia difahamkan Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan hingga berat badan susut.
Terdahulu, tular di media sosial menerusi hantaran pemilik akaun, Akumaru yang berkongsi berita keadaan Suhaimi yang didakwa kini sakit teruk dan memohon didoakan kesembuhan buat bekas anggota kumpulan In-Team itu.
Untuk makluman, Suhaimi berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment