"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan saya guna ilmu hitam. Nauzubillah! Saya berani bersumpah yang memang tidak pernah terdetik dalam diri saya untuk gunakan ilmu hitam seperti didakwa."
Itulah jelas penyanyi Siti Nordiana yang berani bersumpah untuk membuktikan bahawa dia tidak pernah menggunakan ilmu hitam untuk terus kekal bertanding di All Stars Gegar Vaganza (ASGV), seperti yang didakwa.
Ini kerana kata Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia tidak pernah terlintas untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.
Klik untuk gambar besar
Menyifatkan tuduhan itu tidak berasas, Nana turut meminta individu berkenaan untuk menunjukkan bukti.
"Saya lihat sekarang ini ramai orang tulis di media sosial perkara tidak benar mengenai saya. Bagi saya, perkara ini perlu dihentikan.
"Kalau dia ada bukti, sila tunjukkan. Kalau tiada, itu sudah jatuh fitnah. Tuduhan saya guna ilmu hitam itu tidak logik sebab saya berada di kedudukan bawah dan bukannya tiga teratas," ujarnya.
Sementara itu, Nana berkata, dia memaafkan individu tersebut, namun menggesa agar hantaran tersebut segera dihapuskan.
Tambahnya lagi, jika individu itu berdegil, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment