13 November 2023

"BETUL SUAMI SAYA TAK SIHAT, DOAKAN YA" - INA NAIM MASIH 'BERDIAM' ISU SUHAIMI SAAD DIDAKWA DITIDURKAN DI ICU



Isteri kepada bekas anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad, 43, iaitu Ina Naim, 39, mengakui suaminya itu sememangnya tidak sihat, selain memohon doa.
Ibu kepada empat anak itu berkata demikian selepas ditanya mengenai keadaan suaminya yang didakwa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.

"Betul suami saya tak sihat, doakan ya," jelas Ina yang dipetik berkata kepada Kosmo, selain memberitahu, sebarang perkembangan akan dikongsikan memandang dia sedang sibuk menguruskan sesuatu.

Bagaimanapun, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd. Naim, juga tidak mengesahkan sama ada suaminya itu ditidurkan seperti dikongsikan rakan seperjuangan yang juga ketua kumpulan In-Team, Mohd. Syahril Abdul Khalid.

Difahamkan, Mohd. Syahril yang melawat Suhaimi pada Sabtu lalu, menyatakan bekas anggota kumpulan In-Team itu ditidurkan ketika ditemu bual media, selain berkata, kesihatan rakannya itu mula menurun sejak beberapa bulan lalu sehingga berat badannya menyusut.

Klik untuk gambar besar
Jelasnya lagi, dia juga kurang pasti penyakit yang dihidapi Suhaimi, namun meminta orang ramai menitipkan doa agar kesihatannya kembali pulih.

Sejak semalam, tular dalam laman sosial mengenai keadaan kesihatan Suhaimi yang dikatakan sudah dibawa keluarga mentuanya pulang ke Johor bagi mendapatkan rawatan.

Malah, penyanyi yang sudah berhijrah ke Kelantan itu didakwa menghidap penyakit kronik, namun pemilik akaun yang menguar-uarkan khabar tersebut tidak mendedahkan butiran lanjut.

Suhaimi yang bersama In-Team selama lima tahun bermula pada 2000 itu pernah mengejutkan ramai apabila mengumumkan ingin bersara sebagai penyanyi nasyid, selain enggan dipanggil ustaz.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: