"Diberi ruang dan peluang untuk berdamai, berbaik dan 'move forward' daripada isu-isu lepas. Saya akan sambut dengan hati yang baik dan lapang. Insya-Allah.
"Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama. Kita berdua pun dah ada keluarga dan anak-anak. Masing-masing nak letak ke belakang benda yang lama dan pandang ke depan.
"Bukan nak kata oh jadi bff dan sebagainya. Tidak.. Cukup sekadar membuka chapter yang baru," ujar selebriti popular, Noor Neelofa menerusi temu bual bersama Melodi.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dia mahu 'move on' dari kisah lama dan membuka lembaran baru.
Dalam pada itu, Neelofa menjelaskan, bukan bermaksud mereka akan menjadi kawan baik tetapi meletakkan isu-isu lama yang berlaku di belakang.
Sebelum ini, Neelofa memaklumkan, dia sudah bersedia menamatkan sengketa antaranya dengan pelakon Nur Fazura.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment