"Saya menerima pelbagai kec@man sepanjang berada di AS disebabkan saya lantang memperjuangkan nasib rakyat di Pal£stin. Saya sudah berada di sini lebih dua minggu selepas berada di Cappadocia, Turki. Saya juga tidak muat naik sebarang hantaran termasuk hal berkaitan kerja.
"Ini kerana, saya mengambil berat mengenai keselamatan saya ketika berada di AS dan isu berkaitan Isl@mof0bia. Saya berada dalam ketakutan memandangkan mereka boleh mengenal saya dengan mudah melalui penampilan saya sebagai wanita berhijab.
"Saya sedar ramai yang menghent@m saya kerana pergi ke AS yang mana negara itu bers£kutu dengan Isr@el. Tapi saya nak tanya anda satu perkara, adakah anda berhenti kerja? Adakah anda tidak bekerja sekarang kerana lantang suarakan isu Pal£stin?
"Ini adalah kerja saya dan ia menuntut saya untuk muat naik hantaran di media sosial. Anda tidak tahu berapa banyak tawaran daripada jenama yang menyokong Isr@el saya sudah tolak," tulis pelakon dan pengacara Uyaina Arshad dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian tersebut, Uyaina meluahkan rasa kecewa apabila terdapat pihak yang mempertikaikan kehadirannya ke Amerika Syarikat (AS) susulan kelant@ngannya dalam menyuarakan isu Pal£stin.
Uyaina berkata, sejak berada di negara itu lebih dua minggu dia tidak membuat sebarang hantaran termasuk berkaitan kerja kerana menghormati kesengs@raan yang dihadapi rakyat di Pal£stin akibat penind@san dan kez@liman r£jim Zi0nis Isr@el.
Menurut isteri kepada penyanyi Raja Syahiran itu, kehadirannya di AS ketika ini tidak mudah kerana dia berdepan situasi ditahan oleh pegawai tentera yang menyoalnya dengan pelbagai soalan.
"Saya ditahan oleh pegawai tentera di AS dan mereka menyoal-siasat saya. Mungkin sebab saya wanita bertudung dan menutup aurat serta memiliki bahagian kening yang lebat sehingga mereka ingatkan saya adalah orang Arab.
"Rasa nak gugur jantung ketika mereka tahan. Sudahlah badannya besar, tengok saya pula atas bawah memang meny£ramkan.
"Saya ingatkan saya ditahan kerana hantaran saya yang menyerang Isr@el di media sosial. Tertanya-tanya juga dalam hati adakah mereka faham Bahasa Melayu yang saya cakap dalam video itu dan adakah video saya itu tular di AS.
"Tapi Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku. Dalam hati saya waktu itu hanya memohon agar saya dapat pulang ke tanah air segera," kata Uyaina yang dalam masa sama memberitahu, dia sepatutnya ke New York selepas ke Los Angeles, namun dia memendekkan perjalanannya kerana berasa tidak sedap hati.
Sebelum ini, pengacara Wanita Hari Ini itu mendesak golongan yang masih menyokong tindakan kej@m Isr@el terhadap Pal£stin agar melihat kembali jenayah yang dilakukan oleh r£jim Zi0nis itu.
Tegas Uyaina, dia kecewa apabila terdapat individu yang masih bersifat neutr@l dan enggan bersuara bagi memperjuangkan hak penduduk G@za walaupun pelbagai video kek£jaman Zi0nis dipaparkan dalam media sosial.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment