24 November 2023

SAHKAN ISTERI HAMIL LAGI - AWIE BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH



"Saya sudah nak masuk yang ke-7 dah anak. Alhamdulillah ini rezeki Allah nak bagi dan saya rasa ini satu penambahan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.
"Jadi kalau nak tegas dengan mereka ini bukan garang. Garang adalah 'bullet' terakhir. Kalau mereka malas nak belajar, terutama yang main-main selalu anak lelaki.

"Saya tahulah sebab saya lelaki. Insya Allah ini boleh beri ketenangan dalam hidup iaitu anak-anak. Saya tak terfikir saya ada tujuh orang anak. Selagi Allah izinkan.

"Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Selagi Allah izinkan, maknanya Dia tahu orang itu ada kemampuan. Rezeki tak pernah salah alamat."

Demikian ujar vokalis Wings, Datuk Awie yang berkongsi berita gembira dimana isterinya, Sharifah Ladyana baharu saja disahkan hamil cahaya mata kedua mereka.

Kata Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 55, kandungan isterinya itu masih di peringkat awal kehamilan dan berharap proses kehamilan isterinya ini dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar
Tidak merancang soal cahaya mata, Awie meluahkan rasa syukur dengan kurniaan Allah dan menganggap kehadiran anak-anak memberi erti kegembiraan buat dirinya.

"Saya berprinsip, selagi dia mampu, boleh jaga, selagi saya rasa saya boleh. Cuma jika rasa membebankan janganlah. Namun,takkanlah anak itu membebankan," tuturnya.

Untuk makluman, Awie telah berkahwin dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 2020.

Sebelum dengan Sharifah Ladyana, Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005 dan bercerai pada 1 November 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha.

Menerusi perkahwinan pertama dengan penyanyi Arni Nazira, Awie memiliki dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Putri Aleeya Antasha, 23 dan Putri Aleefa Antasha, 21.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: