24 November 2023

SINAR FM - ELIZAD UCAP SELAMAT TINGGAL



Selepas lima tahun menjadi penyampai radio di Sinar FM, pelakon Siti Elizad, 39, telah mengumumkan, dia sudah mengundurkan diri dari stesen radio berkenaan berkuat kuasa hari ini.
Berhubung pengundurannya itu, Elizad menjelaskan, keputusan itu dibuat kerana percaya sudah cukup menimba pengalaman berharga sebagai penyampai radio.

"Saya menceburi kerjaya sebagai penyampai radio di Sinar FM sejak 2019 kerana ingin mencari pengalaman baru.

"Banyak ilmu yang ditimba sepanjang menjadi penyampai di mana saya perlu berfikir di luar kotak dan sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa," katanya.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Elizad turut mengulas mengenai kerjasama dengan penyampai lain, dimana dia yang mengendalikan segmen Pagi Di Sinar bersama Jep Sepahtu, Rahim dan Angah itu berkata, hubungan mereka juga rapat seperti sebuah keluarga.

"Rakan penyampai lain banyak membantu dan memberi nasihat pada saya sepanjang mengendalikan segmen berkenaan.

"Terus terang, saya tiada sebarang isu dan masalah dengan pihak stesen dan keputusan untuk mengundurkan diri juga atas persetujuan bersama kedua belah pihak," jelasnya.
Ditanya perancangan selepas ini, Elizad atau nama penuhnya, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, memberitahu, dia mahu kembali merancakkan bidang lakonan seperti dulu.

"Maklumlah, saya dikenali sebagai pelakon dan jiwa juga pada bidang lakonan sejak dulu.

"Kini, saya sudah bersedia untuk kembali berlakon dan mengubat kerinduan peminat untuk melihat saya kembali berlakon seperti dulu," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: