15 November 2023

"SAYA NAK HAK SAYA SEBAGAI SEORANG AYAH..." - FIZI ALI KATA DIA TAK PERNAH TERGAMAK NAK PISAHKAN ANAK & MAK



"Saya tak pernah tergamak nak pisahkan anak dan mak. Saya nak hak saya sebagai seorang ayah... Salah ke seorang ayah yang nak bersama dengan anaknya.
"Kenapa perlu lupakan anak saya setelah apa yang saya ada? Insya-Allah Ameena, daddy jumpa awak nanti."

Demikian ujar penyampai radio, Fizi Ali yang berkata, dia tidak tergamak untuk memisahkan anaknya, Ameena Sofia daripada ibunya, yang juga pelakon Shakilla Khoriri.

Klik untuk gambar besar
Fizi menjawab komen daripada netizen menerusi perkongsian di Insta Story, dimana dia mengatakan sebagai bapa dia juga berhak atas hak jagaan anak tunggalnya itu.

Difahamkan, individu itu menggesa Fizi untuk memberi fokus kepada anak tiri dan menyerahkan Ameena sepenuhnya kepada Shakilla.
"Dah ada anak tiri. Fizi layan dan bagi kasih sayang dekat anak tiri. Buat anak baru. Biar la Ameena dengan ibu dia. Jangan dipisahkan.

"Bersyukurlah Ameena dijaga dengan ibu yang sangat sayang dan bertanggungjawab dengan anak dia. Hidup saja dengan aman. Dunia ini tak lama pun. Asalkan nafkah anak itu jangan lupa. Berbahagia la," tulis netizen itu.
Dalam pada itu, Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 34, turut mengingatkan orang ramai agar banyakkan membaca serta mengambil tahu fakta sebelum bercakap sesuatu.

"Tolong la korang, sebelum bercakap... tolong banyak membaca dan ambil tahu fakta. Kadang apa korang cakap melanggar fakta dan itu lagi menyedihkan.
"Saya pun tak bagus dalam agama, tapi apa yang basic, Insya-Allah saya ambil tahu," katanya lagi.

Terdahulu, Fizi menyerahkan hal tersebut kepada peguam untuk melakukan siasatan selepas tidak dapat bertemu dengan anaknya itu di majlis graduasi prasekolah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: