15 November 2023

BILA IQBAL ZULKEFLI PERLU RM50,000 SEBULAN UNTUK JALANI KEHIDUPAN SEHARIAN



"Bersungguh saya jual barang, sekelip mata begitu saja keluar balik bayar bil elektrik. Susu anak pun sudah beribu sebulan. Basic komitmen saya setiap bulan tidak kurang RM50,000 sejak lima tahun lalu.
"Tiada RM50,000 sebulan saya tak boleh jalani kehidupan seharian. Sendiri kerja tiada pernah ditanggung siapa. Ini pun bukan untuk saya sendiri sepenuhnya.

"Belum termasuk barang kehendak," kata usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli menerusi Insta Story, dimana dia memerlukan sekurangnya RM50,000 sebulan untuk membayar segala komitmen.

Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran itu, Iqbal turut berkongsikan paparan pembayaran bil elektrik rumahnya yang mencecah RM1,600. Malah, Iqbal berkata, dia turut berhabis ribuan ringgit untuk membeli susu anak angkatnya, Ziyad.

Sebelum ini, Iqbal dilihat mengiklankan beberapa perabot rumah untuk dijual dengan harga yang rendah berbanding dengan harga dibelinya, dimana ada yang mencecah ribuan ringgit.

Namun apa yang lucunya, apabila ada netizen mengatakan barangan rumah Iqbal sama seperti yang dijual di platform atas talian namun dijual dengan harga lebih murah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: