15 November 2023

AKUI SUDAH 3 TAHUN BERCERAI - ATILIA KINI JALIN HUBUNGAN CINTA DENGAN SEORANG PENGARAH



"Dah lama sebenarnya, iaitu sejak sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi," jelas penyanyi Atilia Haron, 49, yang mengesahkan statusnya kini sudah tiga tahun bercerai dengan bekas suami, Adam Sofian.
Bagaimanapun, kata Atilia, hubungannya dengan bekas suami masih lagi sebagai sahabat memandangkan mereka bekerja dalam industri sama.

"Tapi, saya dan Adam masih berkawan baik sebab masing-masing bekerja di dalam industri sama," tutur anak kepada penyanyi veteran, Salamiah Hassan itu.

Klik untuk gambar besar
Terkini, Atilia mengakui dia sedang menjalin hubungan cinta dengan pengarah Shimy Latif yang juga pengarah video muzik single baharunya, 'Cinta Sampai Mati'.

"Ya, ada. Namanya Shimy Latif. Dialah yang mengarahkan video muzik single baharu saya, 'Cinta Sampai Mati' ini. Saya dah kenal dia sejak dua tahun lalu.

"Dia adalah pengarah untuk video muzik, pengarah iklan online, dokumentari dan sebagainya. Dia orang industri, tapi seorang yang introvert.
"Alhamdulillah, dia memahami kerjaya saya dan kami pun masing-masing melihat hala tuju hubungan ini," katanya.

Dalam pada itu, Atilia berkata, dia dan Shimy belum merancang apa-apa ketika ditanya sama ada hubungan ini akan menjadi kali ketiga dia mendirikan rumah tangga.

"Mestilah semua orang nak berkahwin. Tapi, buat masa sekarang, kami tak rancang apa-apa lagi sebab saya nak fokus kepada kerjaya muzik saya," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: