15 November 2023

KELUARGA & ASET-ASET ADA DI PERANCIS - ANTARA SEBAB DATUK SHAKE TAK MENETAP TERUS DI MALAYSIA



"Bukan saya tak nak duduk Malaysia, tak suka Malaysia, tapi anak-anak saya, cucu saya dan harta benda saya, semua ada di sana (Perancis).
"Kebanyakannya (aset) di sana dan sudah tentu saya tidak boleh tinggalkan, terutama anak dan cucu saya, takkan saya nak jauh. Tak boleh. Ini pun dah rindu dah, jadi ia mustahil."

Itulah jelas penghibur legenda Malaysia, Datuk Shake, 73, yang mengakui sukar untuknya kembali menetap terus di negara Malaysia ini, melainkan hanya pulang sekali-sekala berikutan anak, cucu dan aset-aset miliknya ada di Perancis.

Klik untuk gambar besar
Kata Datuk Shake atau nama sebenarnya, Sheikh Abdullah Ahmad Bahweres, rasa sayang terhadap Malaysia di hatinya tidak pernah luntur, namun keluarga adalah keutamaan terutama anak dan cucu.

Difahamkan sudah dua bulan berada di Malaysia ketika ini, Datuk Shake memberitahu, beliau juga sering pulang ke tanah air sama ada setiap dua bulan, tiga bulan atau empat bulan sekali kerana masih ada keluarga dan sanak saudara di Johor.
Berhijrah ke Perancis ketika berusia 20-an, Datuk Shake bertemu jodoh dengan wanita Perancis, Datin Melina Shake Abdullah dan dikurniakan empat anak iaitu Mina, 52, Natacha, 45, serta sepasang anak kembar Nicholas dan Amaro, 42. Mereka juga kini mempunyai tujuh orang cucu.

Untuk makluman, Datuk Shake yang fasih dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis itu masih aktif menyanyi di Perancis.

Datuk Shake menceburi karier nyanyian di Malaysia pada tahun 1970-an dan difahamkan juga pernah berhijrah ke Hollywood, California, Amerika Syarikat (AS) pada 1988 hingga 2011.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: