15 November 2023
AL-FATIHAH - SUHAIMI SAAD KEMBALI KE RAHMATULLAH
Takziah diucapkan kepada keluarga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad, 43, atas pemergiannya selepas disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Berita sedih tersebut dikongsikan anggota In-Team, Hazamin di Instagram miliknya, dimana dia memohon disedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.
"Sahabat kami, Suhaimi Saad telah kembali ke Penciptanya jam 7.40 malam tadi. Mohon semua mendoakan almarhum dan sedekahkan bacaan Al- Fatihah.
Klik untuk gambar besar
"Semoga Allah mengampuninya dan mengumpulkan rohnya bersama para solihin," tulisnya pada kapsyen foto Allahyarham Suhaimi ketika aktif bersama In-Team dulu.
Perkongsian Hazamin itu dihujani komen daripada warga maya yang mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham Suhaimi, Ina Naim dan keluarganya.
Sebelum ini, ada berita melaporkan Suhaimi yang juga difahamkan sudah dimasukan ke hospital berkenaan sejak Jumaat lalu itu terpaksa ditidurkan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.
Allahyarham dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman akibat batuk kronik dialami sejak empat bulan lalu dan cirit-birit selama tiga bulan sehingga berat badannya turun mendadak.
Untuk makluman, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment