"Doakan baik-baik ke arah itu (berhijab) sebab memang saya pun memang nak arah itu tapi sekarang ini belum lagi sebab saya baru saja sign kontrak untuk drama terbaharu ni.
"Memang belum (pakai) sepenuhnya tapi doakan buat saya... terima kasih banyak kepada yang menyokong, saya pakai tudung ni bukan untuk buat orang ramai suka ke apa tapi langkah pertama ke arah kebaikan."
Demikian jelas pelakon Nadia Brian yang akui terkejut dengan penerimaan positif daripada netizen, selepas sering memuat naik gambarnya tampil berhijab di media sosial.
Klik untuk gambar besar
Ujar Nadia, dia belum membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya, namun meminta orang ramai mendoakannya.
Dalam pada itu, Nadia juga berkata, dia tidak menyangka ramai menghantar mesej kepadanya serta menghargai setiap doa yang diberikan buat dirinya.
"Tak sangka ramai yang mesej dan terkejut melihat perubahan imej bertudung ni, saya hargai sangat setiap doa dan kata-kata yang diberikan kepada saya," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment