04 November 2023

BERHENTI JADI POLIS - ISTERI RAJA AFIQ KINI PRAMUGARI



Semua sedia maklum mengenai isteri kepada pelakon Raja Afiq iaitu Soffwany Yusoff yang bekerja sebagai anggota polis.
Namun terkini, isteri Raja Afiq memilih untuk berhenti menjadi polis demi mengejar cita-cita sebagai pramugari.

Berhubung keputusan isterinya itu, Raja Afiq berkata, dia tidak pernah melarang keputusan Soffwany, kerana isterinya itu sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pramugari dan akhirnya berjaya menggapai impian itu.

Klik untuk gambar besar
"Saya sokong apa saja yang dia minat. Dia memang pernah beritahu nak jadi pramugari sebelum ini, tapi disebabkan dia berasal dari Taiping, Perak dan sukar untuk dia datang ke Kuala Lumpur untuk hadiri temu duga ketika zaman mudanya.

"Selepas hampir 15 tahun dia bertugas sebagai anggota polis, dia mengambil keputusan untuk berhenti dan ingin mencuba sesuatu yang baru.
"Alhamdulillah selepas percubaan pertamanya menghadiri temuduga di Malaysia Airlines, dia dipilih untuk menjalani latihan.

"Walaupun kerjaya sebelum ini sudah menjamin hidupnya, tapi bagi saya kita hidup hanya sekali dan tak salah untuk dia menukar kerjaya baharu kerana rezeki ada di mana-mana," katanya.
Meskipun terpaksa berjauhan dengan isterinya yang kini memilih kerjaya di awan biru, Raja Afiq menjelaskan, tidak menjadi satu masalah baginya.

"Setakat ini saya tengok jadual penerbangannya tidak padat. Cuma dalam seminggu hanya satu atau dua hari saja dia kena bermalam di lokasi terakhir penerbangannya.
"Jadi, tidaklah terlalu lama dia tinggalkan rumah. Semalam saya berpeluang menghadiri hari pelantikannya sebagai pramugari dan saya tumpang gembira," tuturnya.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 September 2020 di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: