10 November 2023

TERBABIT KEM@LANGAN - IMAN TROYE ALAMI CEDERA RINGAN, TR@UMA PANDU SENDIRI



Baru-baru ini, penyanyi Iman Troye telah berkongsi pengalaman p@hit menerusi laman Instagram, dimana dia berdepan detik c£mas apabila terbabit dalam kem@langan jalan raya.
Melihat pada hantaran itu, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 21, meluahkan rasa syukur tidak mengalami sebarang keced£raan serius dan kini keadaan kembali pulih seperti biasa.

Akibat kemal@ngan pada 1 November lalu itu, Iman hanya mengalami b£ngkak pada bahagian kaki, selain kepalanya terh£ntak di tingkap kereta.

Pada masa sama, Iman turut mengimbas kembali kem@langan yang dialaminya, dimana kereta yang dipandunya hilang kawalan akibat jalan licin ketika hujan lebat.

Malah jelasnya, kem@langan itu turut menyebabkan tayar depan keretanya rosak teruk.

"Saya kem@langan baru-baru ini, hujan lebat dan jalan licin. Jadi kereta hilang kawalan. Baby Noah (kereta) dah tempang. Macam duduk antara dua sujud.

"Hanya ced£ra ringan sahaja sebab kepala terh£ntak dekat tingkap kereta, kaki b£ngkak dan telinga kanan rasa berd£sing tidak boleh dengar apa-apa. Alhamdulillah semua sudah kembali normal," kata penyanyi lagu 'Teman' itu.

Dalam pada itu, Iman akui dirinya masih tr@uma dengan kejadian yang dialami dan belum mempunyai kekuatan untuk memandu sendiri.

Dek kerana itu, Iman berkata, dia terpaksa meminta bantuan daripada orang terdekat atau menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk menjalani rutin harian.

"Sekarang sudah tak berani nak memandu sendiri. Memang 100 peratus mengharapkan keluarga, kawan atau e-hailing," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: