28 December 2023

AISYAH AZIZ TAMPIL BERTUDUNG - PEMINAT DOAKAN AGAR KEKAL ISTIQAMAH



Penyanyi Aisyah Aziz baru-baru ini dilihat tampil berhijab dan mengenakan dress labuh longgar menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh penyanyi Danieh Suffian.
Melihat pada perkongsian video itu, Aisyah sedang menyanyikan lagu berjudul 'Kamu Yang Ku Tunggu' yang dipopularkan oleh Datuk Rossa dan Afgan.

Penampilan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu telah menarik perhatian ramai, dimana rata-rata netizen gembira melihat penampilan Aisyah, malah ramai yang memuji kecantikan penyanyi itu secantik namanya.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen turut mendoakan agar Aisyah kekal istiqamah dan sentiasa mengekalkan imej yang sopan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: