28 December 2023

HARRIS ALIF SAHKAN INTAN LADYANA HAMIL ANAK KEDUA



"Ya Intan sedang berbadan dua, usia kandungan rahsia. Saya minta doa orang ramai supaya urusan keluarga saya ini dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah."
Itulah kata penyanyi dan pelakon Harris Alif, 24, yang mengesahkan isterinya, pelakon Intan Ladyana, 41, kini sedang hamil anak kedua, bagaimanapun enggan mengulas mengenai usia kandungan serta jantina bayi kedua mereka itu.

Baru-baru ini, penampilan Intan menjadi perhatian netizen apabila ramai mendakwa ternampak 'baby bump'. Dek kerana itu, ramai mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Harris memberitahu, dia akan mengumumkan mengenai kehamilan isterinya itu apabila sudah bersedia kelak.

"Bila sampai masa, saya dan Intan sendiri akan beritahu. Sekarang belum masanya lagi. Ini kerana ada benda-benda yang kena bagi steady dulu," ujarnya yang memohon orang ramai mendoakan agar kehamilan isterinya itu dipermudahkan.

Untuk makluman, Harris dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Evie Khadeeja yang kini berumur setahun sepuluh bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: