28 December 2023
ISU ANAK - FIZI ALI BAWA KE MAHKAMAH
"Saya dah bawa kes ini (isu anak) untuk diselesaikan secara undang-undang dan kami akan berbincang di mahkamah saja nanti. Tarikh dan masa dia sudah tahu cuma saya berharap dia akan datang untuk selesaikan masalah ini."
Demikian ujar penyampai radio, Fizi Ali yang nekad untuk membawa urusan penjagaan anaknya, Ameena Sofia ke mahkamah selepas tiada jalan penyelesaian mengenai perkara itu.
Jelas Fizi, dia menyerahkan kepada peguam berhubung tuntutan hak penjagaan anak perempuannya dengan bekas isteri, pelakon Shakilla Khoriri.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Fizi berkata, kerana sukar untuk berkomunikasi dengan Shakilla dek telah disekat oleh bekas isterinya itu, dia terpaksa mendedahkan kemelut isu tersebut di media sosial.
"Ya memang dia block nombor telefon saya jadi saya berhubung dengannya melalui peguam tapi itulah tak dapat sebarang maklum balas.
"Tujuan saya muat naik posting di media sosial juga kerana nak ingatkan dia untuk datang ke mahkamah selesaikan masalah ini supaya tidak berlarutan," katanya.
Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal apabila dia tidak dapat berjumpa anaknya di hari graduasi prasekolah yang berlangsung di Cyberjaya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment