18 December 2023

BILA ANAK MINTA SHAKILLA KHORIRI CARI SUAMI MAT SALEH



"Semua orang dah kahwin tahun ni, semua dah dapat baby.. Umi je belum. Nak dapat baby twins..."
Itulah kata anak kepada pelakon Shakilla Khoriri iaitu Ameena Sofia yang bertanya bila ibunya itu akan berkahwin dan mempunyai anak baru.

Baru-baru ini, Shakilla ada berkongsikan video celoteh anak perempuannya itu yang bertanya bila ibunya akan berkahwin dan mempunyai anak baru.

Menerusi perkongsian video tersebut, kedengaran suara Ameena yang petah bercakap mengatakan semua orang sudah berkahwin tahun ini, namun ibunya sahaja yang belum lagi.

Apa yang menarik perhatian, gelagat Ameena mengusik ibunya untuk mencari bakal suami mat saleh. Ketika mendengar jawapan anak perempuannya itu, Shakilla meminta Ameena untuk berdoa kepada Allah.

"Ameena sabar ok. Ameena doa ok untuk Umi," kata Shakilla.

"Dah doa haritu, kat sekolah. Hari-hari doa," jawab Ameena pula.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen sebak mendengar perbualan Shakilla dan anaknya itu yang seolah memahami ibunya perlukan peneman hidup.

Terdahulu, Shakilla dituduh menjalin hubungan skandal bersama suami orang dan menjadi perosak rumah tangga orang lain.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: