18 December 2023

SEBELUM TERIMA TAWARAN BERLAKON - HELIZA HELMI SOLAT ISTIKHARAH



Penyanyi Datin Seri Heliza Helmi yang sudah lama tidak membintangi drama mahupun filem itu memberitahu, dia seorang yang teliti dalam memilih tawaran berlakon.
Ini kerana jelas Heliza, dia mahu pastikan tawaran yang diberikan mampu memberikan manfaat kepada penonton.

Tambahnya lagi, sebelum membuat keputusan, dia akan berbincang dengan suaminya terlebih dahulu.

"Kalau terima tawaran saya akan solat istikharah dahulu. Kemudian bincang bersama suami dan keluarga. Saya juga akan dapatkan nasihat guru.

'Sebelum buat keputusan kenalah berbincang secara terperinci. Sekiranya ia memberi manfaat barulah saya akan teruskan," tuturnya yang menerima tawaran filem 'Pendekar Awang Darah Indera Gajah' ini.

Dalam pada itu, Heliza berkata, hobinya dalam sukan memanah dan berkuda dapat dikongsikan kepada penonton menerusi lakonan.

"Ketika itu saya berdoa dan berharap agar sukan sunah ini dapat dikongsi kepada lebih ramai orang, jadi tak mungkin saya tolak tawaran berlakon watak dalam filem ini," katanya.

Selain itu, Heliza yang membawakan watak Siti dalam filem tersebut itu mendedahkan dia melakukan sendiri babak tanpa bantuan stuntm@n.

Difahamkan, watak Siti merupakan seorang pahlawan wanita hebat seni mempertahankan diri selain tangkas memanah sambil berkuda,

"Hanya ada beberapa babak sahaja yang bukan saya lakukan sendiri kerana ketika waktu penggambaran saya sedang mengerjakan ibadah umrah. Selain itu semua saya buat sendiri termasuk aksi berlaw@n.

"Memanglah ada keced£raan dan apa yang dirancang tidak semua menjadi. Kuda ketika berlakon juga tidak sama dengan ketika saya menjalani latihan jadi ada sedikit kesuk@ran di situ," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: