17 December 2023

DEMI KESIHATAN - ZAMANI KURANGKAN AKTIVITI SENI



"Bila saya padat bekerja terasa sakit juga, rasa ketat dan rasa ada benda terkeluar di bahagian belakang. Saya akan jumpa doktor untuk pemeriksaan pada 21 Disember ini.
"Sebelum ini tak jumpa doktor. Saya telefon doktor beritahu benda ini dan akan pergi selepas menjayakan persembahan di Pesta Pulau Pinang.

"Saya tak pasti masalah ini besar atau kecil dan itu sebabnya saya nak kena jumpa doktor untuk tengok sama ada antara tempat ikat benang ataupun benda lain."

Itulah kata vokalis Slam, Zamani Ibrahim, 52, dimana dia menjelaskan keadaan kesihatannya kini stabil, namun perlu mengehadkan aktivitinya kerana mula merasa kesakitan pada bahagian tubuh badannya.

Sebelum ini, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras pada 7 November tahun lalu.

Tambah penyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' ini lagi, kerana sibuk dengan aktiviti nyanyian, dia tidak pernah berjumpa doktor sebelum ini.

"Saya beli basikal untuk buat senaman sendiri di rumah. Berjumpa doktor itu tidaklah. Salah seorang peminat saya yang ada masalah sakit belakang dan dah buat pembedahan, tapi sekarang kena buat semula.

"Bila isu itu timbul, saya mula rasa takut kerana tak buat fisioterapi. Jadi selepas ini saya akan mula jumpa doktor. Sebenarnya sekarang pun saya dah mula kurangkan aktiviti seni.

"Banyak juga tawaran datang tapi saya tak ambil semua. Pertamanya sebab kesihatan dan keduanya sebab Slam dah aktif semula. Saya rasa tanggungjawab saya untuk seimbangkan.

"Takut nanti masa konsert orang tak nak datang. Jadi kena terima hakikat itu. Bila dah buat banyak show, orang takkan nak datang tengok konsert," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Slam akan bergabung dengan UK's menjayakan Concert UK'Slam Musical pada 3 Februari tahun depan.

Konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama AmirUKs Entertainment akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: