28 December 2023

BUAT 'BUNGALOW TOUR' - RAMAI TERPAKU LIHAT BESARNYA RUMAH SHILA AMZAH



Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kontr0versi yang melibatkan penyanyi Shila Amzah berhubung banglo dimana dia didakwa mengh@lau ibu dan adik-adiknya keluar dari rumah tersebut.
Bagaimanapun, Shila menafikan dakwaan berkenaan, sebaliknya menjelaskan, dia mahu menjual kediaman tersebut kerana mahu mencari rumah yang lebih selesa.

Terkini, penyanyi Shila Amzah menerusi laman sosial telah memuat naik video tour banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat.

Klik untuk gambar besar
Melihat pada video tersebut, Shila memaklumkan, rumah banglo berkenaan telah pun dikosongkan dan dalam proses pembersihan sebelum ianya siap sedia dijual.

Menurut penyanyi itu lagi, rumah banglo dua tingkat itu mempunyai 12 bilik tidur dan rata-ratanya mempunyai bilik air sendiri.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mengakui rumah banglo berkenaan sememangnya besar dan sukar untuk dibersihkan jika tiada pembantu.

Dalam pada itu, kata netizen, mereka faham mengapa Shila mahu menjual rumah tersebut kerana untuk menjaganya memerlukan kos yang tinggi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: