27 December 2023

"JAGALAH ADAB SEBAGAI WANITA... RISAU TIMBUL FITN@H" - NETIZEN KURANG SENANG LIHAT KEMESRAAN PUTERI SARAH & ANDI ARSYIL



Semua sedia mengetahui mengenai hubungan baik antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan pelakon dari Indonesia iaitu Andi Arsyil.
Difahamkan, kedua-dua mereka sering muncul bersama dalam siaran langsung di TikTok bagi mempromosikan produk mereka.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang berharap hubungan baik Puteri Sarah dan Andi Arsyil berakhir dengan berita gembira.

Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, ada juga yang kurang senang dengan kemesraan kedua-dua mereka setiap kali membuat siaran langsung bersama.

Bimbang boleh menimbulkan fitnah, netizen menasihati, kedua mereka perlu menjaga batas.

"Jagalah adab sebagai wanita, jangan terlalu mesra risau timbul fitnah. Kalau benar ada hubungan istimewa, segeralah dihalalkan. Jangan biar lama-lama, tak manis orang kata," komen netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: