27 December 2023
NAFI DAKWAAN TAK BENARKAN JUMPA ANAK - SHAKILLA KHORIRI KATA DIA ADA SEBAB SEK@T FIZI ALI DI WHATSAPP
"Saya malas nak ulas benda-benda mur@han macam ini. Biarlah orang yang sepatutnya uruskan. Kalau betul saya tak bagi jumpa Ameena, dua tahun lepas saya sudah melakukannya, bukan sekarang."
Itulah ujar pelakon Shakilla Khoriri yang enggan mengulas mengenai perkongsian bekas suaminya, Fizi Ali meluahkan rasa rindu terhadap anak tunggal mereka, Ameena Sofia, dimana dia seolah memberitahu sudah lama tidak berjumpa.
Menyifatkan perkongsian Fizi itu mur@han, Shakilla menafikan dakwaan tidak membenarkan bekas suaminya bertemu dengan Ameena.
Klik untuk gambar besar
Berhubung dakwaan Fizi yang turut mendakwa nombornya disekat, Shakilla tidak menafikan pendedahan bekas suami itu, namun katanya, ada sebab mengapa dia berbuat demikian.
"Ada sebab kenapa saya sekat Fizi daripada WhatsApp, soalan itu kena tanya pada Fizi sendiri. Lagipun, saya tak berminat nak berurusan soal anak dengan orang ketiga.
"Dia pun tidak ada hubungan komunikasi baik dengan saya, jadi kenapa perlu buang masa layan drama mur@han. Saya ibu kandung Ameena, jadi kesihatan ment@lnya lebih menjadi keutamaan saya," katanya.
Dalam pada itu, Shakilla berkata, jika mahu berjumpa anak mereka, ada banyak jalan dan usaha boleh dilakukan oleh bekas suaminya itu.
"Bagaimanapun, Fizi memilih jalan penyelesaian dalam media sosial dengan mengharapkan doa orang ramai yang tidak tahu kem£lut sebenar. Jadi, tidak mengapalah, biarlah dia," tuturnya.
Sebelum ini, Fizi memuat naik perkongsian, dimana dia meluahkan rasa k£sal apabila tidak dapat berjumpa anaknya, Ameena di hari graduasi prasekolah yang berlangsung di Cyberjaya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment