27 December 2023

BAKAL BAWA HALUAN MASING-MASING - ISTERI KEDUA PU ABU DIDAKWA NETIZEN HAMIL, NAMPAK 'BABY BUMP'?



Pada Oktober lalu, PU Abu ada memuat naik perkongsian di Instagram Story dimana dia seolah memberi bayangan perkahwinan dengan kedua-dua isterinya bakal berakhir.
Terkini, menerusi perkongsian terbaru isteri kedua PU Abu iaitu Hana Azraa, dia didakwa sedang berbadan dua, sekaligus menjadi perhatian.

Dalam perkongsian tersebut, Hana yang dilihat berada di sebuah pusat perubatan itu menulis kapsyen seolah-olah sedang menanti sesuatu yang baik.

Klik untuk gambar besar
Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa ternampak 'baby bump' serta mendoakan kesihatan Hana serta bayi dalam kandungan.

Terdahulu, PU Abu mengesahkan dia dan kedua isterinya bakal membawa haluan masing-masing serta akan berkongsikan perkembangan lain di media sosial miliknya.
"Selepas berbincang, kami bertiga akan bawa haluan masing-masing. Demi kebaikan semuanya. Tidak ada lagi kebaikan dan kata sepakat yang dapat dicapai.

"Ini keputusan kami bertiga. Tidak ada apa-apa kepentingan, melainkan hanya ingin menyelesaikan kemelut selama enam tahun.
"Di mana silapnya? Saya silapnya. Sekiranya mereka tidak merasa bahagia, apakah perlu saya membiarkan terus sengsara? Apa pilihan yang saya ada melainkan membawa haluan masing-masing.

"Jangan risau, ini adalah keputusan bersama. Anak? Insya-Allah semuanya akan baik, anak-anak tetap anak-anak," katanya yang turut memohon didoakan yang baik-baik buat mereka.
Untuk makluman, Abu mendirikan rumah tangga bersama Ain Afini pada tahun 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, Muhammad Aryan 'Afi dan Siti Khadijah.

Kemudian, Abu bernikah dengan Hana pada tahun 2019 dan memiliki seorang cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: