25 December 2023

INGIN TIMANG ANAK LELAKI - FASHA SANDHA RANCANG JALANI RAWATAN IVF



"Kalau ikutkan perancangan memang kami inginkan anak lelaki, kalau ada rezeki. Tapi, belum tahu lagilah, itu semua kerja Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan kalau ada rezeki, insya-Allah.

"Buat masa ini kami belum lagi pergi berjumpa dengan doktor pakar. Semuanya kena tunggu habis penggambaran dan baru boleh berjumpa untuk dapatkan nasihat."

Itulah ujar pelakon Fasha Sandha, 39, yang berhasrat menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) tahun depan sebagai ikhtiar dan usahanya untuk mendapatkan anak lelaki.

Jelas Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan, dia dan suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz memang mahu menambah seorang lagi anak dan berharap dikurniakan bayi lelaki kerana sudah memiliki anak perempuan, Aisha Amaira, 4.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Aidil pula berkata, jika mahu melakukan rawatan IVF, isterinya itu memang perlu memperlahankan aktiviti karier seni.

"Betullah, kalau misal kata nak 'plan' (rancang) buat IVF itu, dia (Fasha) kena kurangkanlah kerja terutama, 'shooting' (penggambaran). Sema sedia maklum 'shooting' memang setiap hari dan makan pun kena jaga.

"Lebih-lebih lagi untuk trimester pertama, itu kena jaga betul-betul dan perlu perlahankan segala aktiviti," jelas Aidil.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: