25 December 2023

JANTUNG SEMAKIN LEMAH & MEMBENGKAK - PELAKON SHAHROL ASIKIN @ DADDY ROCK BUNTU CARI WANG PEMBEDAHAN



"Saya dikejarkan ke Hospital Selayang beberapa bulan lalu kerana tidak sihat. Apabila doktor beritahu keadaan jantung terkini, saya terkejut dan menangis kerana kos yang diperlukan untuk pembedahan sangat besar iaitu lebih RM15,000.
"Saya buntu mana nak cari wang sebanyak itu. Dalam keadaan sekarang tawaran berlakon pun dah kurang berbanding dulu. Apa tidaknya, nak jalan sikit pun cepat penat.

"Malah kadang-kadang orang yang jalan dengan saya pun bosan sebab kena tunggu saya ambil nafas semula. Tahun ini saja, dah beberapa kali saya keluar masuk hospital."

Demikian kata pelakon Shahrol Asikin Mohd Shariff atau Daddy Rock, dimana dia sekali lagi berdepan dugaan getir dalam hidupnya apabila doktor mengesahkan keadaan jantungnya semakin lemah dan membengkak.

Jelasnya lagi, untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang lebih buruk, doktor menasihatkannya agar segera menjalani pembedahan memasukkan stent atau angiogram yang kemungkinan dibuat secara bypass dengan segera.

Terdahulu, pelakon filem 'Jangan Pandang Belakang' dan 'Bohsia' serta beberapa drama antaranya 'Kisah Paling Gangster', 'Gerak Khas' dan 'Kampung People' itu pernah menjalani proses memasukkan stent pada 2021.

Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban Shahrol Asikin @ Daddy Rock, boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 114160699745.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: