25 December 2023

BANTU KARYAWAN SENI MEMERLUKAN - EXISTS SUMBANGKAN RM20,000



Baru-baru ini telah berlangsungnya Konsert Exists X Orkestra di Mega Star Arena di sini, dimana ia diraikan 6,000 penonton yang memenuhi setiap sudut di ruang acara itu.
Exists yang dianggotai Mamat, Ezad Lazim, Ajai, Ujang, Musa dan Along ini mempersembahkan 24 lagu popular mereka dan saduran yang dinyanyikan semula dengan nafas baharu.

"Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir meraikan acara konsert pada malam ini," kata Ezad saat tampil di pentas.

Bagi membantu golongan anak seni yang memerlukan, acara penyerahan replika cek sumbangan RM20,000 telah diadakan dimana ia diserahkan kepada Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan disaksikan kesemua 6,000 penonton.

Sumbangan itu adalah dikumpul menerusi hasil kutipan RM10 daripada setiap pembelian tiket konsert.

Di Konsert Exists X Orkestra itu, Exists yang menampilkan kedua-dua vokalisnya iaitu Mamat dan Ezad bergilir mempersembahkan lagu-lagu hit sepanjang zaman diiringi oleh kumpulan Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Antara lagunya, 'Masih Terserlah Ayumu', 'Hilang Dalam Ramai', 'Untukmu Ibu', 'Julia, Jesnita', 'Mengintai Dari Tirai Kamar', 'Alasanmu' dan banyak lagi.

Mereka juga mempersembahkan lagu saduran antaranya, 'Rindu Serindu Rindunya' yang dipopularkan oleh kumpulan Spoon dan 'Tak Mungkin Berpaling' (Slam).

Turut kelihatan beberapa selebriti antaranya penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein dan penyampai radio, Radin Era.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: