25 December 2023

KINI MENGANDUNG ANAK KEEMPAT - NATASHA HUDSON AKTIF 'SURFING'



"Jika anda tertanya-tanya, saya kembali 'surfing' dalam trimester kedua ini. Saya tidak fikir boleh keluarkan kekuatan ini dari dalam diri.

"Ibu mengandung perlu menyediakan diri mereka untuk menjadi kuat," tulis pelakon dan model, Natasha Hudson yang memaklumkan, dia kini mengandung anak keempat dan usia kandungannya sudahpun memasuki trimester kedua.

Difahamkan, anak keempat Natasha atau nama penuhnya, Natasha Liana Hudson, 41, merupakan hasil perkahwinan kali kelima dengan Muhammad Harits Jasmin atau Jay Jasmin, setahun yang lalu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), pelakon berdarah kacukan Melayu-Australia itu berkata, dirinya memang seorang yang sangat aktif ketika mengandung ketiga-tiga anaknya sebelum ini.

Klik untuk gambar besar

Tambah Natasha lagi, 'surfing' dengan keadaan perutnya yang besar memang agak berbeza tetapi dia hanya mengambil mudah perkara itu.

"Saya meletakkan semua tekanan pada dada melebihi dari perut dan kadang-kadang kayuh dengan lutut. Ia sangat terapeutik dan menenangkan.

"Saya juga akan terus kekal aktif dan cergas bersama anak keempat dalam kandungan ini sehingga sampai saat melahirkan nanti," katanya.
Terdahulu, pelakon filem Chermin ini pernah mengeluarkan kenyataan, dimana dia mempunyai hasrat untuk menambah anak tetapi mahu menstabilkan kedudukan kewangan keluarga terlebih dahulu.

Untuk makluman, Natasha mendirikan rumah tangga bersama Jay Jasmin pada 28 Mac tahun lalu yang juga perkahwinan kali kelima itu dalam majlis secara sederhana di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki tiga anak perempuan iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: