12 December 2023

JADI PENYANYI - SYADA AMZAH TAK MENY£SAL, ANGGAP ANUGERAH DARI TUHAN



"Tidak meny£sal sebab Tuhan anugerahkan (bakat) kepada kita. Saya memang suka menyanyi dan orang menggelar saya sebagai radio bergerak, jadi memang tiada istilah meny£sal.
Demikian kata adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah yang menjelaskan, dia tidak pernah meny£sal bergelar seorang penyanyi kerana dia sememangnya suka menyanyi.

Sebaliknya, Syada yang ditemu bual bersama sebuah syarikat rakaman itu menganggap ianya satu anugerah diberikan kepadanya.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Syada turut berkongsi dimana dia mula menyanyi sejak usia empat tahun lagi dan banyak menyertai pertandingan nyanyian.

"Saya menyanyi sejak berusia empat tahun, jadi macam mana nak meny£sal? Umur empat tahun sudah menyanyi dan ketika itu tidak terfikir apapun," katanya.

Sebelum ini, nama Syada hangat diperkatakan selepas video nyanyiannya yang menyanyikan lagu 'Arab Kalam Eineh' dik£cam hebat oleh netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: