11 December 2023
ZAINALABIDIN : "SAYA TAK MALU UNTUK KATAKAN SAYA BUAT 'BOT0X'... TAPI, BUKAN 'FILL£R'..."
"Sebagai seorang penghibur, beginilah kehidupan saya, di mana, saya berdepan dengan orang ramai dan selalunya, 'close up'. Ditambah pula dengan kualiti kamera sekarang yang berkualiti tinggi, jadi, memang nampak segala kedutan.
"Jadi, bagi memastikan penampilan saya sihat, ia harus diperbaiki dan dirawat dengan sebaiknya. Tapi, sebenarnya, saya tak malu untuk katakan saya buat 'bot0x'. Tapi, bukan 'fill£r'.
"Ini adalah demi mendapatkan kulit yang sekata, segar dan sihat. Selagi saya sihat, selagi itu saya masih boleh beraksi di atas pentas."
Itulah jelas penyanyi veteran, Datuk Zainalabidin, 64, yang berkongsi mengenai rawatan 'bot0x' yang digunakannya bagi memastikan keadaan kulit sentiasa nampak sihat dan tegang, selain menjelaskan, sebagai penghibur, dia perlu menitikberatkan mengenai penampilan diri.
Dalam pada itu, Zainal turut berkata, dia terbuka untuk melakukan prosedur tarik benang untuk menegangkan bahagian leher sekiranya perlu.
"Kesihatan tak boleh dibeli, tapi kita kena berusaha mendapatkannya. Bot0x ini, masih lagi baru-baru ini (digunakan). Apabila saya pergi berjumpa dengan pihak Id£alyst, mereka maklumkan mengenai keadaan kulit saya yang berkedut terutamanya, bila saya senyum.
"Bahagian leher saya pula, dah mula nampak macam ayam belanda. Jadi, ia tak elok sekiranya ada gambar atau visual 'close up'. Jadi, bagi menghindari masalah itu, saya kena rawat. Tapi, saya belum buat prosedur tarik benang.
"Mungkin di masa akan datang, saya akan buat sekiranya perlu," ujarnya yang juga menyarankan agar mereka yang ingin melakukan rawatan wajah supaya merujuk kepada klinik atau pengamal perubatan bertauliah untuk keselamatan.
"Ia adalah untuk karier saya sebab saya nak bertahan lebih lama. Mereka yang muda, masih muda dan cantik. Jadi, saya nak penampilan saya nampak sihat.
"Bukanlah jenis yang b£ngkak sana sini. Jadi, janganlah dibuat keterlaluan. Pergi kepada doktor yang bertauliah dan bukan pusat kecantikan yang tidak bertauliah kerana tak selamat," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment