11 December 2023

BERCINTA LEPAS KAHWIN - NABILA RAZALI AKUI MASIH MALU-MALU



Penyanyi Nabila Razali, 31, yang sudah tiga minggu bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izan, 38, memberitahu, dia dan suaminya itu bercinta selepas kahwin dan mereka masih malu-malu, malah dalam proses mengenali lagi.
Ditanya mengenai Nik Iruwan, Nabila menyifatkan suaminya itu seorang yang memahami dan memberikan sokongan kepadanya yang sibuk dengan tuntutan kerja.

"Kami bercinta lepas kahwin, masih malu-malu dan dalam proses saling mengenali lagi. Alhamdulillah, suami saya faham kerana kami berdua sekarang sibuk dengan kerja masing-masing.

"Malah, ia sudah kami bincangkan sejak awal sebelum berkahwin dan syukur dia sedia memberikan sokongan.

Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah, suami saya faham kerana kami berdua sekarang sibuk dengan kerja masing-masing. Malah, ia sudah kami bincangkan sejak awal sebelum berkahwin dan syukur dia sedia memberikan sokongan.

"Macam berlakon suami memberi izin, tetapi saya kena tahu menjaga batas dalam lakonan. Manakala untuk nyanyian, suami sarankan saya masuk kelas nyanyian.

"Dia (Nik) selalu cakap, jika saya mahu jadi penyanyi yang bagus, kena perbaiki diri sendiri dan minta saya pergi kelas nyanyian sebanyak mungkin dan sentiasa bekerja keras," ujar penyanyi lagu 'Permata Hati' dan 'Peluang Kedua' ini.
Dalam pada itu, kata Nabila, apa yang ditekankan suaminya supaya selalu pergi belajar menyanyi adalah persediaan terbaik pada masa akan datang untuk karier nyanyian.

Nabila yang mengakui dia masih menerima kec@man netizen dalam persembahan nyanyian itu berkata, sekarang dia berkongsi luahan perasaan sedih itu kepada suami.

"Apa pun, saya tidak mahu menjadikan status isteri orang yang digalas kini sebagai satu alasan untuk tidak bekerja atau cuba kurangkan urusan pekerjaan kerana rumah tangga. Buat masa ini, saya masih boleh membahagikan masa dengan baik.
"Masa bersama suami dan keluarga tidak terganggu kerana semua jadual kerja sudah disusun dengan baik kerana mereka (keluarga) adalah keutamaan saya. Pada ketika ini, saya juga faham mana yang patut didahulukan.

"Malah, rezeki datang dalam pelbagai cara dan saya akur ketentuan Yang Esa kerana Dia adalah sebaik perancang. Mungkin saya akan kurang berlakon, tapi tawaran menyanyi pula banyak dan aktiviti lainnya," katanya.

Sementara itu, Nabila turut berkongsi mengenai masakan istimewa untuk suaminya, dimana dia belum berpeluang memasak hidangan sambal Jawa untuk Nik Iruwan berikutan jadual kerja yang padat.
"Saya sebenarnya teringin sangat nak masak sambal Jawa untuk suami dan tidak sabar menyediakannya kerana dia pun seorang yang tidak memilih makanan dan suka mencuba," tutur pelakon drama 'Seindah Tujuh Warna Pelangi' di TV3 ini.

Pada 18 November lalu, Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali, sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Pahang dengan dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: