11 December 2023

PERSEMBAHAN PENUH 'POWER' - JACLYN VICTOR SEBAK DIUMUM JUARA ALL STARS GEGAR VAGANZA



Menyampaikan ketiga-ketiga lagu dengan penuh 'power' telah menobatkan peserta Jaclyn Victor sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV @ GV10), dimana penyanyi itu membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.
Selain itu, Jaclyn turut menerima pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan serta pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts, saucer dekorasi ruangan sumbangan Ritz Reka dan trofi.

Sebaik diumumkan juara, Jaclyn dilihat sebak dan meluahkan rasa syukur apabila tidak menyangka dirinya dapat menumpaskan penyanyi-penyanyi hebat yang lain.

Klik untuk gambar besar
Dalam persembahan tersebut, Jaclyn yang merupakan ibu tunggal dua anak itu telah menyampaikan tiga lagu iaitu :-

- Lagu solo : When You Believe (Whitney Houtson & Mariah Carey)

- Lagu duo berduet dengan Dato' Jamal Abdillah : Sandarkan Pada Kenangan (Dato' Jamal Abdillah & arwah Siti Sarah)

- Lagu 'battle' bersama Liza Hanim, Siti Nordiana dan Tomok : Kill This Love (Blackpink)
Sementara itu, tujuh finalis lain yang berentap di pentas akhir program tersebut iaitu Liza Hanim, Naqiu, Hady Mirza, Tomok, Azharina, Nikki Palikat dan Siti Nordiana, kesemua mereka tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah wang tunai RM10,000 sumbangan Astro, pakej percutian sumbangan Kaki Jalan dan trofi emas.

Dalam pada itu, Naqiu juga diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Bos Susu, dimana dia berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: