10 December 2023
P0SITIF C0V1D - CHE TA TANGGUH RAIKAN ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-10
"Semua persiapan untuk raikan ulang tahun perkahwinan ke-10 sudah siap, termasuk tempahan lokasi majlis, solekan dan busana.
"Tapi malangnya, semalam (kelmarin) ketika melakukan ujian kendiri C0V1D, keputusannya p0sitif. Nampaknya gelombang baharu v1rus ini datang kembali.
"Saya pun tak mahu risik0kan diri, keluarga dan tetamu untuk majlis sambutan perkahwinan ini. Jadi buat sementara waktu, kami tunda dulu majlis berkenaan. Biar semuanya baik-baik dulu."
Klik untuk gambar besar
Demikian kata pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta, yang akur apabila hasratnya untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 11 Disember ini terbantut selepas disahkan p0sitif C0V1D, kelmarin.
Jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, dia terpaksa menangguhkan majlis terbabit berikutan angka kes positif C0V1D yang meningkat.
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai keadaan terkininya, Che Ta yang baru menerima anugerah dari Bumiputera Business Excellence Award 2023, mengaku keadaannya sedikit lemah.
"Nak tidur pun susah. Sakit kepala rasa macam nak 'pec@h 0tak'. Batuk juga agak teruk. Harap semua akan baik-baik saja selepas ini. Jadi jangan ambil mudah fasal v1rus ini," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment