10 December 2023
SHIERA LUAH RASA SYUKUR IBU MENTUA, MARIA ARSHAD DAH MULA SENYUM
Pengacara Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera, telah berkongsi perkembangan terkini ibu mentuanya, Datin Maria Arshad, dimana pelakon era 80-an yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di sini kerana masalah kekurangan garam, kelmarin, itu sudah mula tersenyum.
Dalam pada itu, Shiera atau nama sebenarnya, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 48, memohon agar semua mendoakan ibu mentuanya itu.
"Maria Arshad dah senyum 'guys'. Yang penting doa semua orang. Alhamdulillah terima kasih yang tak terhingga.
Klik untuk gambar besar
"Kami perlukan doa anda semua. Terima kasih semua yang mendoakan. Amin. Teruskan berdoa dan saya dan keluarga doakan semua rakyat Malaysia sentiasa dilindungi Allah jua, Amin," katanya.
Pada masa sama, Shiera turut memaklumkan ibu mentuanya itu mengadu sakit urat dan tidak boleh mengangkat tangannya yang lemah pada Isnin lalu.
Selain sakit urat dan sakit belakang, berat badan Maria, 65, memang turun mendadak sebanyak 48 kilogram selepas dijangkiti v1rus 'C0V1D sebelum ini.
Namun, selepas dibawa melakukan pemeriksaan di pusat perubatan swasta, doktor memaklumkan ibu kepada pelakon Ijoy Azhari itu tiada sebarang penyakit kronik dan hanya kurang garam dalam badan sahaja.
Kongsi Shiera lagi, selain berjumpa doktor, ibu mentuanya itu turut dibawa oleh mereka berjumpa ustaz untuk berubat secara tradisional.
Shiera bagaimanapun enggan mengulas dakwaan sama ada ibu mentuanya itu menghidap sakit misteri.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment