09 December 2023

DEDAH BELUM DAFTAR PENGESAHAN RUJUK DI MAHKAMAH - DIANA DANIELLE NAFI HAMIL, AKUI BELUM BERSEDIA TAMBAH ZURIAT



"So what’s the point (Apa keperluannya)? Perkara itu tidak penting sebab kami sudah secara rasmi rujuk. Kami sudah rujuk secara rasmi dan tukar di atas kertas pun tidak mengubah apa-apa pun.
"Bukannya kami tak mahu failkan di mahkamah tetapi itu semuanya untuk secara rasmi sahaja," ujar pelakon Diana Danielle yang mengakui masih belum mendaftarkan pengesahan rujuk dengan suaminya, pelakon Farid Kamil di mahkamah sejak 31 Ogos lalu.

Jelas Diana, perkara itu tidak akan mengubah apa-apa mengenai hubungannya dengan suami kerana sudah kembali berbaik, selain berpendapat pengesahan rujuk tidak penting dan belum bersedia untuk hadir ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

"Nanti kalau sudah bersedia, kami akan lakukan. Lainlah kalau sebelum ini saya cakap tak pernah jadi (rujuk), maka akan berlaku konflik di situ.

Klik untuk gambar besar
"Semua orang pun sudah tahu kami telah rujuk malah secara hukum Islam, kami tak melanggar apa-apa. Cuma secara undang-undang sahaja belum. Cuma sekarang ini, mahkamah lagi ke, sekejap ya," katanya.

Sementara itu, Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya kini sedang mengandung anak ketiga.

Kata ibu kepada sepasang cahaya mata itu, tubuhnya nampak berisi kerana peningkatan berat badan sebanyak 10 kilogram ketika ini, lebih-lebih dia kini memang dalam tempoh berselera untuk makan sejak Jun lalu dan perkara itu memang dilaluinya pada setiap tahun.

"Sebelum ini, saya memang susah untuk makan dan naik berat badan kerana seperti yang anda semua tahu mama dan anak saya, Aurora pun memang jenis kurus.
"Bukan saya sahaja, suami, Farid juga bertambah berat badan sehingga mencecah sebanyak 90 kilogram kerana pembantu rumah kami juga suka memasak apa sahaja di rumah.

"Cuma satu sahaja saya berasa terkilan kerana semua jeans sudah tidak muat dan sekarang hanya boleh pakai skirt dan kaftan," tutur Diana yang berkata, dia masih belum bersedia menambah anak kerana mahu memberi fokus pada dua anaknya yang semakin membesar.

"Saya faham niat baik orang yang bila nampak pasangan itu bahagia, mereka akan fikir sama ada saya sudah mengandung bila nampak berisi. Tapi hakikatnya, saya masih belum bersedia kerana Aurora baru sahaja berusia 8 tahun dan belum puas jadi anak bongsu," jelasnya.

Beralih soal rumah tangga pula, kata Diana, perkahwinannya bersama Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, 42, juga bahagia selepas mereka rujuk semula pada 31 Ogos lalu.
"Alhamdulillah, keputusan yang kami buat untuk rujuk semula juga berbaloi kerana anak-anak kembali ceria dan prestasi mereka dalam pelajaran juga meningkat di sekolah.

"Pada masa sama, kami masih perbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri masing-masing untuk kebahagiaan dalam rumah tangga setiap hari," katanya.

Terdahulu, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu, namun kembali rujuk semula pada 31 Ogos.

Untuk makluman, Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: