09 December 2023

"SAYA AKUI SERIK BERKAHWIN LAGI KERANA SUDAH DUA KALI GAGAL" - NADIA ANNUAR



Pengacara Nadia Annuar yang sudah dua kali mengalami keruntuhan dalam rumah tangga sebelum ini, mengakui dia serik untuk berkahwin lagi dalam tempoh terdekat.
Nadia atau nama penuhnya, Nadia Shahrul Annuar, 39, berkata, fasa perceraian dua kali yang pernah dilalui itu juga mengajarnya untuk menjadi wanita yang lebih matang.

"Saya akui serik untuk berkahwin lagi sekarang kerana sudah dua kali perkahwinan yang dibina dulu gagal.

"Pada masa sama, saya juga bukan jenis orang yang boleh kahwin dan cerai kemudian bernikah semula dalam tempoh yang singkat," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya pula jika ada jejaka yang cuba mendekatinya, bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 ini memberitahu, memang ada yang mahu mengenali dirinya termasuk mereka yang berstatus suami orang.

Klik untuk gambar besar
"Memang ada yang cuba mendekati tetapi saya sendiri belum bersedia untuk kembali menjalin hubungan lagi kerana fokus kini kepada diri sendiri dan dua anak.

"Saya pula memang tidak suka keluar bersosial kerana selepas habis kerja, saya akan terus pulang ke rumah," kata Nadia yang juga anak usahawan popular iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton.

Jelas Nadia lagi, dia memang tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin ketika diminta mengulas mengenai lelaki berstatus suami orang.

"Bukan sahaja suami orang, saya juga tidak menyokong wanita yang menjadi penyondol dan meruntuhkan kebahagiaan orang lain.
"Mungkin kerana ibu saya sendiri pun bergelar ibu tunggal dan dia sendiri memang tidak akan bersetuju jika saya berkawan dengan suami orang atau menjadi penyondol," katanya.

Pada Oktober lalu, Nadia mengesahkan perkahwinannya selama lapan tahun dengan usahawan, Hafiz Salleh berakhir sekitar awal tahun ini.

Hasil perkongsian hidup dengan Hafiz, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dya Naylaa, 7 tahun.

Sebelum dengan Hafiz, Nadia pernah berkahwin dengan Datuk Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyas dna bercerai pada Oktober 2010. Mereka dikurniakan seorang anak, Mohamed Aaron Erwin, 16.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: