09 December 2023
UCAP SELAMAT MENJADI IBU BAPA - CEO PUSAT PERUBATAN BERI BAYANGAN UQASHA SENROSE KINI SEDANG HAMIL?
Baru-baru ini, tular video di media sosial dimana ia memaparkan kehadiran pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli di sebuah hospital swasta yang terletak di Kajang.
Difahamkan, video itu dimuat naik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang Plaza, Datuk Saroni Judi ketika pertemuannya dengan pasangan tersebut.
Namun apa yang menjadi perhatian ramai, kapsyen yang ditulis oleh doktor berkenaan yang mengalu-alukan kehadiran pasangan itu, malah memberi bayangan mereka bakal menjadi ibu bapa.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya adakah Uqasha kini sedang hamil, selain ada netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah.
Bagaimanapun, sehingga kini, masih tiada lagi pengesahan rasmi daripada Uqasha sendiri, mahupun Kamal mengenai berita tersebut.
Sebelum ini, Uqasha berkongsikan berita sedih apabila dia mengalami keguguran sebanyak dua kali selepas tiga tahun mendirikan rumah.
Jelas Uqasha, keguguran berlaku ketika dia mengalami tempoh haid yang panjang serta tidak mengetahui dirinya hamil.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment