09 December 2023

SHIERA MOHON DOAKAN KESEMBUHAN IBU MENTUANYA



Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah, 48, atau Shiera, memaklumkan ibu mentuanya iaitu pelakon era 80-an, Datin Maria Arshad, 65, telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di sini, pada jam 5 pagi semalam kerana masalah kekurangan garam.
Menurut isteri kepada pelakon Ijoy Azhari itu, ibu mentuanya ini mengadu sakit urat dan tidak boleh mengangkat tangannya yang lemah pada Isnin lalu.

"Selain sakit urat dan sakit belakang, berat badan mama memang turun mendadak sebanyak 48 kilogram selepas dijangkiti v1rus C0V1D sebelum ini.

"Namun, selepas dibawa buat pemeriksaan di pusat perubatan swasta, doktor beritahu mama tiada sebarang penyakit kronik dan hanya kurang garam dalam badan sahaja," katanya.

Klik untuk gambar besar
Ditanya mengenai keadaan terkini ibu mentuanya, Shiera menjelaskan, pelakon era 80-an itu dalam keadaan sedar tapi tidak boleh bercakap serta dalam pemantauan rapi oleh doktor di wad ICU.

"Mama mengadu sakit lagi jam 2 pagi tadi (semalam) dan makan pun muntah semula. Kami adik beradik juga membacakan surah Yassin kerana mama mengadu sakit tanpa henti dan seperti diserang sawan.

"Anak perempuan saya juga menghubungi Ambulans dan mama juga terus dimasukkan ke wad ICU pagi tadi (semalam)," tuturnya.

Tambahnya lagi, ibu mentuanya itu tidak pernah dimasukan ke hospital sebelum ini dan hanya pernah ditahan ketika dijangkiti v1rus C0V1D.
"Selain C0V1D, mama memang tidak pernah dimasukkan ke wad kerana penyakit lain. Setakat ini, mama memang sihat sahaja dan tidak ada menghidap sebarang penyakit kronik seperti jantung dan sebagainya kerana dia sangat menjaga kesihatan.

"Kalau ubat pun dia hanya pernah makan ubat tahan sakit dan tampal koyok sahaja," ujar Shiera yang bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan sama ada ibu mentuanya itu menghidap sakit misteri.

"Selain berjumpa doktor, kami memang ada membawa mama berjumpa ustaz untuk berubat secara tradisional.

"Pada masa sama, saya mewakili seluruh ahli keluarga memohon semua peminat dan orang ramai sama-sama mendoakan kesembuhan mama dengan segera," ujar Shiera yang tidak dapat menahan sebak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: