08 December 2023

PUTUS DENGAN WANITA INDONESIA - ZARINA ZAINUDDIN REDA, AKAN JAGA AZAL SELAGI NYAWA ADA, KALAU TIADA JODOH



Semua sedia mengetahui mengenai anak istimewa kepada pelakon Zarina Zainuddin, 53, iaitu Muhammad Raizal Azrai atau Azal dengan wanita berasal dari Indonesia dikenali sebagai Rahmah, dimana mereka dalam fasa mengenali hati budi.
Namun terkini, Zarina menerusi perkongsian di Instagram, mendedahkan hubungan anak bujangnya dengan Rahmah telah pun putus di tengah jalan.

Dalam hantaran itu, Zarina memuat naik foto perbualan WhatsApp Rahmah yang bertanya khabar dan seakan merajuk, namun tidak difahami oleh Azal.

Kata Zarina, sikap anak lelakinya itu yang tidak pandai bercinta membuatkan Rahmah tawar hati, selain tindakan Azal yang tidak membalas mesej dihantar, dimana ia membuatkan Rahmah berasa tidak dihargai.

Klik untuk gambar besar
"Rahmah tanya, Azal lupa dengan saya? Tak pernah ada khabar. Nanti saya kembalikan cincin yang Azal beri. Mungkin Azal tak faham maksud Rahmah. Dia (iya iya) kan sahaja. Dah la Rahmah itu baik, saya pun dah jatuh sayang dengan dia," katanya di ruang kapsyen.

Sementara itu, dalam hantaran berbeza yang telah dipadam, Zarina dilihat memuji sikap Rahmah yang memulangkan kembali barang-barang yang dia berikan kepada wanita berkenaan.

"Rahmah dah balik ke Indonesia, dia pulangkan barang cuma kenangan manis tetap bersemadi selamanya. Terima kasih Rahmah hadir membahagiakan Azal walaupun sementara. Kami sayang Rahmah," ujarnya.
Dalam pada itu, Zarina berkata, dia memahami kekurangan anaknya itu yang menghidap autisme, selain berlapang dada sekiranya Azal tidak berjodohan dengan wanita berkenaan dan kekal membujang selamanya.

"Saya pun dah reda sajalah biarlah Azal dengan saya selamanya. Saya tak mengharapkan apa-apa lagi, ada adalah, tak ada pun saya terima takdir anak saya. Kalau ada jodoh adalah, kalau tiada saya jagalah Azal selagi nyawa saya ada," tuturnya

Terdahulu, Zarina mendedahkan Azal sedang da4lam fasa mengenali hati budi seorang wanita berusia 26 tahun yang bekerja di Singapura.
Mereka rapat selepas sama-sama terbabit dalam ekspo perniagaan di republik berkenaan, namun Zarina meminta Rahmah tidak terburu-buru menerima Azal sebagai teman hidup.

Selain Azal, Zarina dan suaminya, Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar turut dikurniakan Muhammad Razil Azrai yang juga kembar Azal serta Muhammad Naim Azraidan dan Muhammad Adam Azrai. Kedua-dua kembar terbabit disahkan menghidap autisme, tetapi Azal dikategorikan berada $ tahap sederhana dan mampu menguruskan diri sendiri serta boleh bekerja seperti biasa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: