03 December 2023

JALANI PEMBEDAHAN DI KEPALA - IBNOR RIZA DITIDURKAN



Untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan cecair di kepala, penyanyi bersuara lunak era 1980-an iaitu Ibnor Riza, 62, yang diuji penyakit kanser limfoma tahap empat itu telah ditidurkan.
Berita itu diumumkan Nizam Laksamana menerusi perkongsian menerusi Facebook (FB), malam semalam, dimana penyanyi ini turut memaklumkan, Ibnor dijadual menjalani pembedahan pada jam 9 malam tadi.

Dalam sama sama, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Gugurnya Bunga Cinta' itu memohon peminat Ibnor agar mendoakan kesejahteraan kepada sahabatnya ini.

"Kawan-kawan yang dikasihi. Saudara kita, Ibnor Riza ditidurkan bagi tujuan pembedahan di kepala. Ini dibuat bagi mengeluarkan air yang ada di kepala di mana ia beri tekanan dan kesakitan yang amat.

"Mohon jasa baik kawan-kawan doakan akan keafiatan, kekuatan dan semoga pembedahan nanti tiada sebarang kesukaran.

"Mudah-mudahan doa kawan-kawan Allah perkenan dan makbulkan. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada saudara kami ini untuk melalui masa yang sangat menyulitkan ini. Kasihanilah dia Ya Allah," tulisnya.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Port Dickson selepas pengsan di rumah.

Sebelum itu, Ibnor diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk

Setakat ini, Ibnor yang popular dengan lagu 'Meneka Dalam Kesamaran' itu dilaporkan sudah melalui proses kemoterapi sebanyak sembilan kali.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: